Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.
Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu seperti CrossOver.
Ciri-ciri
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan, Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut.
Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang DVD.
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:
Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan Photoshop dengan aplikasi "Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru.
Untuk para penggemar fotografi, Adobe menyediakan turas "reduce grain" (mengurangkan bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-produk Photoshop sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu sebagai ikon dan bentuk pengenalannya.
Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006. Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk edisi ketiga ini berbentuk tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-berkecerunan.
Versi terakhirnya dilengkapi dengan Adobe Camera RAW, sebuah plugin yang dikembangkan oleh Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari kamera digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.
No comments:
Post a Comment