Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Adobe Photoshop, atau biasa disebut
Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh
Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam
Bahasa Inggeris. Perisian ini banyak digunakan oleh
jurugambar digital dan perusahaan
iklan sehingga dianggap sebagai pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama
Adobe Acrobat, dianggap sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.
Ciri-ciri
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar bagi
Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan,
Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut.
Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan
authoring buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari
Adobe ImageReady.
Adobe Illustrator,
Adobe Premiere Pro,
After Effects dan
Adobe Encore DVD untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak
linear dan layanan
kesan khas seperti
latar belakang,
tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang
DVD.
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:
Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan Photoshop dengan aplikasi "
Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru.
Untuk para penggemar
fotografi, Adobe menyediakan turas "
reduce grain" (mengurangkan bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-produk Photoshop sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu sebagai ikon dan bentuk pengenalannya.
Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006. Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk edisi ketiga ini berbentuk
tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-berkecerunan.
Versi terakhirnya dilengkapi dengan
Adobe Camera RAW, sebuah
plugin yang dikembangkan oleh
Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari
kamera digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.