google1fdec9da6a192090.html Chaihuiping@TMK: Perkakasan Komputer!!!

Monday, 20 February 2012

Perkakasan Komputer!!!

Definisi Komputer

Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan, ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain, kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer "serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu. Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.
Perkakasan komputer
Perkakasan adalah peralatan yang terlibat dalam fungsi sebuah komputer. Ia terdiri dari komponen-komponen yang boleh dikawal secara fizikal. Fungsi bagi komponen tersebut boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu input, output dan storan.
Perkakasan Input
Perkakasan input mengandungi peranti luaran, iaitu komponen yang terletak di luar CPU. Ia merupakan peranti yang menerima data dan menghantarnya ke CPU. Data yang diterima oleh peranti input mestilah dalam bentuk yang sesuai (misalnya pembaca kod bar hanya menerima data dalam bentuk kod bar). Peranti input menukar data kepada bentuk binari yang boleh diterima oleh CPU.
 Contoh: Papan Kekunci
Papan kekunci adalah seperti mesin taip yang membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer. Sesetengah papan kekunci mempunyai kekunci khas atau peranti penunjuk, seperti trackball atau "touch-sensitive regions" yang membenarkan pengguna menggunakan pergerakan jari untuk menggerakkan kursor pada skrin.
Papan kekunci merupakan media yang menjadi sumber memasukkan data ke dalam sesebuah PC samada melalui perisian atau melaksanakan operasi PC. Dalam banyak aspek, kekunci menjadi pembantu kepada tetikus.
Perkakasan Output
Perkakasan Output  iaitu peralatan yang berfungsi untuk menampilkan data, instruksi dan informasi dalam bentuk teks dan grafik atau gambar serta memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat atau digunakan oleh pengguna.
Contoh: Pencetak
Pencetak mengambil teks dan imej dari komputer dan mencetaknya di atas kertas. Pencetak matriks bintik (dot matrix) menggunakan dawai halus untuk menghentak "ribbon" bagi membentuk aksara. Pencetak laser men ggunakan sinaran cahaya untuk melukis imej di atas "drum" dan kemudiannya mengutip zarah hitam halus yang dipanggil "toner". Toner dipindahkan ke atas kertas bagi menghasilkan imej. Pencetak pancut dakwat (ink jet) menembak titisan dakwat ke atas kertas untuk membentuk aksara dan gambar.



No comments:

Post a Comment